Lebih 700 ditahan, hari kelima rusuhan di Perancis - Utusan Malaysia

Lebih 700 ditahan, hari kelima rusuhan di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rusuhan yang menggegarkan Perancis semakin berkurangan selepas puluhan ribu polis dikerahkan di bandar-bandar di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Gérald Darmanin berkata, kira-kira 719 orang ditahan malam tadi, berkurangan daripada 1,311 kelmarin.

“Seramai 45,000 pegawai polis dan ribuan anggota bomba digerakkan untuk menjaga ketenteraman. Tindakan mereka membuatkan malam yang lebih tenang,” kata kementerian itu dalam akaun Twitternya.

Marseille dilaporkan masih berdepan rusuhan selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan bertempur dengan belia di sekitar pusat bandar sehingga lewat malam.

Dalam pada itu, Datuk Bandar L’Hay-les-Roses Komune di selatan Paris, Vincent Jeanbrun berkata, rumahnya dirempuh sebuah kereta dipandu individu tidak dikenali yang kemudian bertindak membakar bangunan itu.

“Malam ini rumah saya diserang dan keluarga saya menjadi mangsa percubaan pembunuhan,” katanya.

Pada Selasa lalu, remaja berusia 17 tahun, Nahel M ditembak mati di Nanterre selepas enggan mematuhi arahan polis dalam satu sekatan.

Pegawai yang menembak remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh dan kini berada dalam tahanan namun insiden berkenaan mencetuskan rusuhan di seluruh negara.

China bersama beberapa negara Barat memberi amaran kepada rakyatnya supaya berwaspada berikutan pergolakan yang berlaku bakal menjejaskan kemuncak pelancongan musim panas jika terus meningkat di sekitar mercu tanda pusat bandar.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya