Kurangkan pelancong: Kapal persiaran dilarang masuk ke Amsterdam - Utusan Malaysia

Kurangkan pelancong: Kapal persiaran dilarang masuk ke Amsterdam

TERMINAL penumpang di kawasan pelabuhan Amsterdam.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Majlis Perbandaran Amsterdam melarang kemasukan kapal persiaran dari pusat bandar berikutan usaha mengehadkan bilangan pelawat dan mengekang pencemaran.

Ahli politik berkata, kemasukan kapal persiaran tidak selaras dengan cita-cita mampan bandar itu dan memutuskan untuk menutup terminal pelayaran pusat di River IJ berhampiran stesen kereta api utama Amsterdam.

Lapor BBC, langkah terbaharu itu bakal mengekang pelancongan besar-besaran di bandar itu selepas majlis perbandaran berkenaan melancarkan kempen dalam talian melarang lelaki muda Britain mengadakan parti bujang mereka di Amsterdam.

Anggota parti D66 yang mengendalikan bandar itu bersama ahli demokrat sosial dan pencinta alam sekitar dalam satu kenyataan berkata, kapal persiaran juga dilihat menjadi simbol masalah pelancongan yang berlebihan dan usul untuk memindahkannya keluar dari pusat pelayaran itu diluluskan dengan majoriti yang besar.

“Kapal persiaran yang mencemarkan adalah tidak selaras dengan cita-cita mampan bandar kami.

“Laluan kapal persiaran juga tidak serasi dengan rancangan pembinaan jambatan baharu antara daerah bersejarah di bandar itu dan daerah Noord, yang menjadi tumpuan projek pembangunan baru-baru ini,” katanya.

Amsterdam dilaporkan menjadi mangsa populariti apabila menarik 20 juta pelawat setiap tahun yang kebanyakannya tertarik dengan reputasinya sebagai ‘bandar untuk berparti’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya