Korea Utara semakin 'seronok' lancar perluru berpandu - Utusan Malaysia

Korea Utara semakin ‘seronok’ lancar perluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara melancarkan ‘peluru tidak dikenal pasti’ disyaki peluru berpandu balistik di luar pantai timurnya, menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan hari ini.

Pelancaran itu turut dilaporkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun dengan menyatakan peluru berpandu terbabit masih berada di ruang udara, memetik laporan penyiar NHK.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai pelancaran itu walaupun hampir sebulan selepas pelancaran terakhir Korea Utara dan menjadi pelancaran ke dua belasnya tahun ini.

Pelancaran itu juga dibuat selepas Korea Utara membuat aduan berhubung aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dengan menuduh pesawat pengintip AS melanggar ruang udara di zon ekonominya.

Selain itu, Korea Utara juga mengecam latihan membabitkan kapal selam ‘peluru berpandu jelajah strategik’ berkuasa nuklear AS ke Korea Selatan baru-baru ini.

Pada tahun ini, Korea Utara sudah menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) bahan api pepejal pertamanya dan melakukan percubaan untuk melancarkan satelit pengintip.

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sudah mengharamkan penggunaan teknologi peluru berpandu balistik Korea Utara, termasuk untuk pelancaran satelit.

Majlis Keselamatan serta beberapa negara juga mengenakan sekatan ke atas Korea Utara kerana program peluru berpandu dan senjata nuklearnya.

Sementara itu, penganalisis berkata, imej satelit komersial menunjukkan Korea Utara dijangka mengadakan pameran kekuatan tentera, termasuk perarakan besar-besaran pada 27 Julai ini bagi memperingati tuntutannya dalam Perang Korea 1950-1953 menentang AS, Korea Selatan dan sekutu mereka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya