Kerajaan India kenakan cukai permainan dalam talian - Utusan Malaysia

Kerajaan India kenakan cukai permainan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kerajaan India memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak 28 peratus ke atas permainan dalam talian, lumba kuda dan kasino, umum Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.

Sementara itu, Majlis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengecualikan cukai untuk ubat kanser dan perkhidmatan pelancaran satelit yang disediakan oleh organisasi swasta, kata menteri itu pada taklimat media selepas mempengerusikan mesyuarat ke-50 Majlis GST, lapor Xinhua.

Beliau berkata ubat untuk penyakit yang jarang jumpa dan produk makanan bagi tujuan perubatan khas juga akan dikecualikan cukai.

Majlis GST ialah badan berperlembagaan yang bertanggungjawab membuat syor mengenai isu berkaitan pelaksanaan GST di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya