Kemarau di rantau Afrika: 2.7 juta orang hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Kemarau di rantau Afrika: 2.7 juta orang hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA: Kemarau di rantau Afrika menyebabkan kira-kira 2.7 juta orang hilang tempat tinggal, menurut Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua.

Dalam laporan terkini di rantau itu, WFP berkata, 1.7 juta orang di Somalia, 516,000 di Ethiopia dan 466,000 lagi di Kenya hilang tempat tinggal akibat kemarau.

Kebanjiran ratusan ribu pelarian di kawasan yang dilanda kemarau di tiga negara itu memburukkan lagi ketidakjaminan makanan di rantau itu.

“Rantau itu mengalami kemarau yang teruk berikutan musim hujan di bawah paras normal berturut-turut sejak akhir 2020 yang menjejaskan pertanian, ternakan, tumbuh-tumbuhan, sumber air, mata pencarian dan sumber ragut,” menurut laporan itu.

Kemarau yang berpanjangan di wilayah itu menyebabkan 23.4 juta orang mengalami kekurangan makanan dan 5.1 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan.

Awal tahun ini, WFP memberi amaran mengenai hujan sedikit di antara Mac dan Mei 2023 yang memberi kesan buruk kepada masyarakat di seluruh wilayah Afrika itu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya