Keganasan ekstremisme Islam jadi ancaman terbesar Britain

Keganasan ekstremisme Islam jadi ancaman terbesar Britain

SUELLA BRAVERMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kementerian Dalam Negeri Britain mendakwa, keganasan extremisme Islam masih menjadi ancaman terbesar kepada keselamatan di negara itu.

Lapor Sunday Times, menterinya, Suella Braverman bersedia untuk mengumumkan pelancaran semula strategi menentang keganasan minggu ini.

Menurut kajian semula strategi berkenaan yang dilancarkan kelmarin, keganasan extremisme Islam masih menyumbang tiga perempat daripada beban kes dalam agensi perisikan Britain, M15.

Pasukan anti keganasan di United Kingdom (UK) kini dilaporkan mempunyai kira-kira 800 penyiasatan secara langsung dan membuat 169 tangkapan atas kesalahan berkaitan keganasan sepanjang tahun lalu.

“Kumpulan pengganas Islam kekal sebagai ancaman utama dengan keganasan menjadi semakin sukar diramal, menyebabkan kes lebih sulit untuk dikesan dan disiasat,” kata Braveman.

Serangan yang dirancang kumpulan pengganas Daesh ke atas perhimpunan awam di UK digagalkan bulan lalu selepas plot berkenaan berjaya dibongkar tentera Iraq yang bertindak menyerbu dan membunuh puluhan militan di negara itu.

Perkara berkenaan didedahkan akhbar Daily Mirror menerusi temu bual dengan Pegawai Antikeganasan Tentera Iraq, Jeneral Abdul Wahab Al-Saadi baru-baru ini yang memaklumkan rancangan serangan besar itu akan dilakukan oleh warga Britain berpangkalan di UK.

“Daesh berhubung dengan pengganas yang berpangkalan di UK dan kami tahu apa yang mereka rancangkan.

“Saya boleh memberitahu anda daripada maklumat yang kami temui di tapak salah satu serbuan kami baru-baru ini, mereka merancang melakukan serangan pengganas yang seterusnya di UK,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya