Kebenaran guna ganja bantu kerajaan Jerman jimat lebih 1 bilion euro - Utusan Malaysia

Kebenaran guna ganja bantu kerajaan Jerman jimat lebih 1 bilion euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kementerian Kesihatan Jerman menjangkakan rancangan membenarkan penggunaan ganja mampu menyelamatkan kos perbelanjaan agensi penguatkuasaan undang-undang negara, mahkamah, dan penjara lebih satu bilion euro (RM5.12 bilion) setahun.

Menurut jurucakap kementerian itu, draf undang-undang yang disemak semula dihantar oleh kementerian itu kepada persatuan profesional yang mengendalikan isu itu, pada Khamis.

Menurut draf perundangan itu yang pertama kali dilaporkan oleh kumpulan media Funke, kementerian menjangkakan dapat menjimatkan €800 juta setahun bagi agensi penguatkuasaan undang-undang, €220 juta untuk mahkamah, dan €35 juta euro untuk kemudahan pusat pemulihan.

Asas projek pengesahan ganja itu telah dibentangkan oleh Canselor Olaf Scholz pada April.

Antara perkara utama yang dikenal pasti setakat ini, mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas akan dibenarkan memiliki sehingga 25g dadah. Penanaman maksimum tiga pokok untuk kegunaan peribadi juga akan dibenarkan.

Selain itu, ganja tidak akan dijual di kedai khusus seperti yang pernah dicadangkan, sebaliknya ganja perlu ditanam dan dijual secara kolektif di kelab ganja.

Kelab dan ahli kelab perlu mematuhi peraturan yang ketat.

Ganja hanya untuk diedarkan kepada ahli, pada maksimum 50 gram setiap bulan dan hanya dalam “pembungkusan neutral”.

Difahamkan bahawa draf perundangan itu boleh diluluskan oleh kabinet pada pertengahan Ogos. Ia memerlukan kelulusan Bundestag, dewan rendah parlimen, tetapi bukan oleh Bundesrat, dewan negara.

Penyokong pro-ganja dalam kerajaan gabungan Jerman menyasarkan cadangan itu akan diluluskan tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya