Kapal kargo bawa 3700 kereta terbakar di pantai Belanda - Utusan Malaysia

Kapal kargo bawa 3700 kereta terbakar di pantai Belanda

KAPAL penyelamat berusaha memadam kebakaran kapal kargo Fremantle Highway berhampiran kawasan pantai Belanda.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Kepulan asap masih dilihat dari sebuah kapal kargo membawa lebih 3,700 kenderaan yang terbakar berhampiran pantai Belanda dua hari lalu, mengorbankan nyawa seorang anak kapal.

Kapal penyelamat berusaha memadamkan kebakaran kapal kargo Fremantle Highway yang dilaporkan berlaku 27.3 kilometer dari barat pulau Ameland.

Kapal sepanjang 198 meter yang didaftarkan di Panama itu membawa 3783 kereta dari Jerman ke Mesir termasuk 498 kereta elektrik. 

Jurucakap Pengawal Pantai Belanda berkata, pasukan penyelamat sedang mewujudkan sambungan penundaan baharu bagi memudahkan usaha mengalihkan kapal dan memastikan kebakaran terkawal.

“Seluruh anak kapal sudah dipindahkan awal pagi Rabu lalu, dengan beberapa orang terpaksa melompat ke laut dan diangkat oleh bot penyelamat,” katanya.

Pemanasan pada bateri sebuah kereta elektrik disyaki menjadi punca kebakaran itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini memberi amaran tentang bahaya kebakaran bateri kenderaan elektrik ketika proses pengangkutan berikutan tindak balas kimia yang menyebabkan suhu bateri tidak terkawal serta peningkatan tekanan.

Menteri Alam Sekitar Jerman, Steffi Lemke berkata, kapal yang terbakar itu dikhuatiri karam berhampiran  Laut Wadden yang  tersenarai sebagai Warisan Dunia dan menjadi antara habitat paling penting untuk spesies burung migrasi.

“Kapal itu kini berada berdekatan dengan sempadan Belanda dengan Jerman. Jika kapal itu tenggelam, ia boleh bertukar menjadi malapetaka alam sekitar yang tidak diketahui kadarnya,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya