Kabinet Zionis desak Pihak Berkuasa Palestin hentikan gerakan anti-Israel - Utusan Malaysia

Kabinet Zionis desak Pihak Berkuasa Palestin hentikan gerakan anti-Israel

PENDUDUK Palestin melihat runtuhan bangunan dan kenderaan yang musnah di luar sebuah masjid di bandar Jenin di Tebing Barat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kabinet keselamatan Israel semalam menyatakan pihaknya cuba ‘menghalang kejatuhan Pihak Berkuasa Palestin (PA)’ selain mendesak supaya badan itu menghentikan semua ‘gerakan anti-Israel yang dilakukan’.

Perkara itu dinyatakan beberapa hari selepas tentera Zionis melancarkan serangann besar-besaran di Jenin, Tebing Barat yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa penduduk Palestin.

Pada Januari lalu, kerajaan Israel pimpinan Benjamin Nentanyahu mengumumkan beberapa siri sekatan terhadap PA yang menguasai sebahagian besar kawasan di Tebing Barat.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, sekatan itu menyebabkan PA berada ‘di ambang kejatuhan, termasuk kewangan dan perlembagaan’.

Selain itu, sekatan berkenaan juga hanya meningkatkan tentangan rakyat Palestin terhadap rejim Zionis.

Kabinet Israel semalam mengundi untuk membolehkan Israel bertindak bagi mengelakkan PA tumbang, sekali gus ‘masih berfungsi untuk rakyat Palestin’.

Dengan syarat, PA perlu menghentikan semua gerakan anti-Israel yang meningkatkan ketegangan.

Selain itu, Zionis turut mendesak PA berhenti membuat bayaran kepada keluarga suspek pengganas yang ditahan di penjara Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya