Jun 2023 bulan paling panas seluruh dunia

Jun 2023 bulan paling panas seluruh dunia

ORANG ramai menyejukkan diri dengan bermain air di sebuah taman di Moscow, Russia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bulan Jun tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas pernah direkodkan akibat perubahan iklim dan fenomena El-Nino, menurut perkhidmatan pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU).

Pemantau EU, Copernicus memaklumkan, data awal menunjukkan Selasa lalu merupakan hari terpanas pernah direkodkan, sekali gus mengatasi rekod yang dicapai sehari sebelumnya, selain menjangkakan musim panas terik akan berterusan bagi suatu tempoh.

Berdasarkan rekod merangkumi tempoh separuh tahun ini, cuaca luar biasa menyebabkan kemarau berpanjangan di Sepanyol dan mencetuskan gelombang haba melampau di China dan Amerika Syarikat (AS).

“Pada bulan Jun 2023, suhu lebih 0.5 darjah Celsius direkodkan bagi purata antara tahun 1991 hingga 2020, sekali gus melebihi suhu pada Jun 2019 dan rekod sebelumnya dengan perbezaan yang besar,” kata pemantau EU menerusi kenyataan.

Menurut Copernicus, suhu yang direkodkan pada Jun lalu di seluruh barat laut Eropah dengan sebahagian Kanada, AS, Mexico, Asia dan timur Australia berdepan cuaca panas luar biasa berbanding biasa.

Sebaliknya, cuaca lebih sejuk dialami di barat Australia, barat AS dan barat Russia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia PBB, Petteri Taalas, memberi amaran bahawa El-Nino akan meningkatkan kemungkinan memecahkan rekod suhu serta mencetuskan panas melampau di kebanyakan bahagian dunia dan di lautan.

Beliau menggesa kerajaan semua negara supaya ‘menggerakkan persediaan bagi mengehadkan kesan terhadap kesihatan rakyat, ekosistem dan ekonomi’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya