Jumlah penduduk gemuk di Indonesia bertambah

Jumlah penduduk gemuk di Indonesia bertambah

MASYARAKAT dinasihatkan supaya membaca bahan kandungan pada label setiap produk makanan bagi mengetahui kadar gula, lemak dan garam yang terkandung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menyasarkan untuk mengurangkan kes obesiti di negara ini menjadi tiga peratus menjelang 2030.

Hal ini kerana kes obesiti dilaporkan semakin meningkat di negara ini.

Dalam tempoh 10 tahun, kes obesiti meningkat dari 10.5 peratus pada 2007 menjadi 21.8 peratus pada 2018.

“Menjelang 2030, kita mahu masyarakat Indonesia menjadi lebih sihat, sekali gus menurunkan kes obesiti menjadi tiga peratus.

“Kementerian sudah mempunyai pelbagai program untuk dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Dante Saksono.

Katanya, satu daripada program itu adalah mendidik masyarakat mengenai amalan pemakanan yang sihat atau smart eater.

Jelas Dante, sebelum membeli makanan, masyarakat dinasihatkan supaya membaca dan meneliti bahan kandungan seperti gula, lemak dan garam yang tertera pada label setiap makanan.

“Selain itu, kementerian juga bercadang untuk mengenakan cukai terhadap minuman yang mempunyai bahan pemanis, tapi langkah itu masih belum dimuktamadkan.

“Kes obesiti di negara ini meningkat mungkin juga kerana jumlah pendapatan penduduk yang bertambah, sekali gus mempunyai banyak pilihan untuk membeli makanan secara berlebihan,” ujarnya.

Sementara itu, Dante memaklumkan, kebanyakan kes obesiti direkodkan di bandar besar seperti Depok, Tangerang, Bekasi dan Bogor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya