Jumlah korban ajaran sesat Kenya meningkat 403 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban ajaran sesat Kenya meningkat 403 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Angka kematian berpunca daripada kebuluran akibat ajaran sesat di Kenya mencecah 403 orang selepas 12 lagi mayat ditemukan di Kilifi County di tenggara negara itu, lapor Sputnik memetik media tempatan.

Pesuruhjaya Wilayah Pantai Rhoda Onyancha, berkata tiada tangkapan baharu setakat ini dan jumlah keseluruhan orang yang ditahan kekal 37 orang, termasuk ketua kultus Paul Mackenzie, lapor penyiar Citizen.

Pada April, media tempatan melaporkan empat orang mati kebuluran selepas terpengaruh dengan ceramah Mackenzie bahawa mereka akan “bertemu Jesus” dengan cara itu.

Sejumlah 11 lagi pengikut kultus itu dimasukkan ke hospital.

Mackenzie kemudiannya ditahan dan pada Mei lepas, pejabat pendakwa Kenya berkata dia akan didakwa atas keganasan.

Kultus bermaksud kelompok manusia yang menganuti dan mengamalkan satu sistem kepercayaan ritual berkaitan dengan pemujaan kuasa ghaib, roh dan sebagainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya