Jong Un tayang senjata kepada delegasi Menteri Pertahanan Russia - Utusan Malaysia

Jong Un tayang senjata kepada delegasi Menteri Pertahanan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menunjukkan senjata terbaharu negara kepada Menteri Pertahanan, Russia Sergei Shoigu dalam satu lawatan semalam.

BBC melaporkan, Pyongyang menjemput delegasi Russia yang diketuai oleh Shoigu, serta pegawai China.

Delegasi berkenaan akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-70 gencatan senjata Perang Korea di Pyongyang, yang biasanya diraikan dengan perarakan tentera besar-besaran.

Senjata yang dipamerkan termasuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong.

Berjaya diuji pada bulan April, senjata berkenaan dipercayai ICBM pertama negara yang menggunakan propelan pepejal, sekali gus menjadikannya lebih cepat dilancarkan berbanding bahan api cecair.

Turut dipamerkan ialah dua reka bentuk dron baharu, termasuk yang menyerupai dron serangan utama yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Lawatan Shoigu dibuat selepas muncul tuduhan Pyongyang membekalkan senjata kepada Russia untuk digunakan dalam peperangannya di Ukraine walaupun dakwaan berkenaan dinafikan kedua-dua negara.

Agensi berita KCNA berkata, Jong Un dan Shoigu membincangkan perkara yang menjadi perhatian bersama dalam bidang pertahanan negara termasuk mengenai persekitaran keselamatan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya