Jokowi rombak lagi Kabinet Indonesia Maju

Jokowi rombak lagi Kabinet Indonesia Maju

BARISAN Timbalan Menteri baharu yang dilantik di Istana Negara, Jakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) melantik lima orang timbalan menteri baharu dalam Kabinet Indonesia Maju di Istana Negara, di sini semalam.

Pelantikan itu dibuat berdasarkan Keputusan Presiden Indonesia Nombor 32 M Tahun 2023 mengenai Pemberhentian dan Pelantikan Timbalan Menteri Kabinet Indonesia Maju bagi tempoh 2019-2024.

Lima timbalan menteri baharu yang dilantik itu adalah:

1) Pahala Nugraha Mansury – Timbalan Menteri Luar
2) Nizar Patria – Timbalan Menteri Komunikasi dan Maklumat
3) Paiman Raharjo – Timbalan Menteri Desa, Pembangunan Daerah dan Transmigrasi
4) Roeslan Roesani – Timbalan Menteri Badan Usaha Milik Negara
5) Saiful Rahmat – Timbalan Menteri Agama.

“Kami akan mentaati undang-undang dasar negara Indonesia dan menjalankan semua tugasan dengan penuh tanggungjawab.

“Kami juga akan mendukung semua amanah yang diberikan dengan penuh etika,” kata semua barisan timbalan menteri baharu yang dilantik ketika mengangkat sumpah.

Pelantikan itu menyaksikan sudah lebih tujuh kali Jokowi melakukan rombakan Kabinet sejak 2014 hingga tahun ini.

Pemimpin itu disifatkan sering merombak Kabinet bagi memastikan kerajaan pimpinannya sentiasa berdaya saing bagi memastikan kemajuan dan pembangunan negara lancar.

Selain itu, Jokowi turut melantik Budie Arie Setiadi sebagai Menteri Komunikasi baharu menggantikan Johnny G Plate yang sebelum ini ditahan pada Mei lalu berhubung dakwaan skandal rasuah.

Plate mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut dan menjadi menteri kelima di bawah pentadbiran Jokowi yang ditahan kerana skandal rasuah sejak 2014.

Plate boleh dipenjara seumur hidup jika disabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya