'Jika mahu perang nuklear, AS boleh hantar kapal selam ke Semenanjung Korea'

‘Jika mahu perang nuklear, AS boleh hantar kapal selam ke Semenanjung Korea’

KAPAL dari Korea Selatan, AS dan Jepun mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan maritim bersama pada April lalu. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengecam rancangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengerahkan sebuah kapal selam peluru berpandu nuklear ke perairan berhampiran semenanjung Korea.

Malah, negara itu menegaskan langkah itu berupaya mencetuskan krisis konflik nuklear yang teruk.

Dalam satu kenyataan disiarkan oleh agensi berita KCNA, jurucakap kementerian Korea Utara memaklumkan dibawah pelan Washington, senjata nuklear strategik AS akan ditempatkan di semenanjung buat kali pertama sejak 1981.

Dilaporkan, pelan Washington itu dipersetujui oleh pemimpin AS dan Korea Selatan semasa sidang kemuncak berlangsung pada April lalu.

“Keadaan itu amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketegangan serantau mencapai tahap lebih kritikal.

“Ia juga mengakibatkan krisis konflik nuklear terburuk yang pernah dialami,” jelasnya.

KCNA melaporkan rancangan AS itu juga umpama tindakan pemerasan nuklear tanpa berselindung terhadap Korea Utara dan negara-negara serantau.

Menurut laporan, ia juga menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan dan keamanan.

“Terpulang kepada tindakan AS sama ada mahu situasi tidak menentu berlaku di rantau semenanjung Korea yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja.

“AS akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang situasi tidak dijangka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya