James Cameron nafi mahu buat filem kapal selam OceanGate

James Cameron nafi mahu buat filem kapal selam OceanGate

JAMES Cameron menolak spekulasi mengenai rancangannya untuk menghasilkan filem mengenai tragedi kapal selam OceanGate. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengarah filem Titanic, James Cameron menafikan spekulasi media yang menyatakan dia mungkin akan menghasilkan filem mengenai tragedi kapal selam OceanGate yang mengorbankan lima penumpangnya pada Jun lalu.

Jelas pengarah berusia 68 tahun itu, kebiasaannya dia enggan mengendahkan gosip-gosip yang tersebar dalam media, terutamanya berkaitan dengan isu sensitif.

Namun, Cameron perlu menjelaskan keadaan sebenar mengenai spekulasi tersebut.

Saya tidak berbincang mengenai filem Ocean Gate dan tidak terfikir untuk menghasilkan filem mengenai tragedi itu,” katanya.

Pada awal bulan ini, OceanGate menangguhkan semua operasi penerokaan dan komersial lautannya selepas insiden kapal selam Titan yang ‘meledak dari dalam’ ketika melakukan ekspedisi menyaksikan bangkap kapal Titanic di Lautan Atlantik.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan dan hilang selama beberapa hari sebelum pihak berkuasa mengumumkan ia ‘hancur’ akibat tekanan tinggi dalam air, selain penemuan sejumlah serpihan milik Titan.

Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush merupakan antara lima penumpang yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Cameron yang menulis dan mengarahkan filem Titanic pada 1997, membantu OceanGate mereka bentuk mesin untuk meneroka ke dasar lautan dengan selamat bagi merakam gambar bakal kapal itu menerusi 33 kali selaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya