Jalin hubungan sulit: Menteri Luar China 'hilangkan diri'

Jalin hubungan sulit: Menteri Luar China ‘hilangkan diri’

KHABAR angin tersebar mendakwa Qin Gang dan Fu mungkin menjalin hubungan sulit selepas program temubual itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Menteri Luar China, Qin Gang dikatakan `hilang’ berikutan tidak kelihatan mahupun membuat kemunculan di khalayak umum sejak akhir Jun lalu.

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi kononnya pemimpin itu menjalin hubungan sulit dengan seorang pengacara televisyen yang terkenal.

Lapor Daily Mail, khabar angin tersebar sebelum ini mendakwa Qin Gang mungkin mempunyai masalah atau perselisihan faham dengan kepimpinan republik itu selepas menyandang jawatan tersebut pada Disember tahun lalu.

Qin Gang diangkat menjadi menteri menerusi kedudukannya dalam Parti Komunis selepas pernah dilantik sebagai Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Malah, beliau juga mencipta nama untuk dirinya melalui pendekatan agresifnya ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai negara Barat.

Dilaporkan, Qin Gang tidak muncul di khalayak umum sejak beberapa minggu lalu.

Penampilan terakhir Qin Gang di khalayak umum adalah ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sri Lanka pada 25 Jun lalu.

“Selain masalah dengan kepemimpinan, timbul juga dakwaan bahawa beliau mungkin menjalin hubungan sulit dengan penyampai televisyen, Fu Xiaotian yang turut lama tidak kelihatan selepas program temubual diadakan antara mereka,” jelas laporan media tempatan.

Kementerian Luar China pada mulanya enggan mengulas mengenai dakwaan kehilangan menteri itu.

Bagaimanapun, kementerian itu kemudian menjelaskan puncanya disebabkan `masalah kesihatan’ apabila Qin Gang gagal hadir ke mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara berlangsung di Jakarta pada minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya