Islamofobia berleluasa di Jerman

Islamofobia berleluasa di Jerman

MASJID Sehitlik di Berlin. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Satu laporan baharu mendedahkan penduduk Islam di Jerman kerap berdepan diskriminasi termasuk perkauman, kebencian dan ada kalanya keganasan sehingga ia menjadi sebahagian kehidupan seharian mereka.

Laporan itu dibentangkan di Kementerian Dalam Negeri di Berlin, baru-baru ini.

Pertubuhan Independent Group of Experts on Muslim Hostility menjalankan kajian selama tiga tahun untuk menyediakan laporan komprehensif berhubung diskriminasi membabitkan 5.5 juta penduduk Islam di Jerman.

Kumpulan itu menganalisis kajian saintifik, statistik jenayah polis dan laporan insiden anti-Islam yang direkodkan oleh pusat kaunseling dan pertubuhan bukan kerajaan.

Laporan itu menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga  penduduk Islam tinggal di Jerman pernah berdepan diskriminasi disebabkan agama.

Bagaimanapun, pakar berpandangan angka sebenar kes diskriminasi mungkin jauh lebih tinggi. 

Ia memandangkan hanya 10 peratus penduduk Islam yang tampil melaporkan kes diskriminasi termasuk perkauman dan kebencian dihadapi oleh golongan itu.

“Kami dapati penduduk Islam di negara ini mengalami diskriminasi dan penyisihan dalam kehidupan seharian mereka sehingga turut berdepan kebencian dan keganasan.

“Laporan ini penting untuk didedahkan kepada umum bagi meningkatkan kesedaran mengenai masalah diskriminasi yang masih berleluasa,” kata Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser dalam satu kenyataan. 

Dalam pada itu, kumpulan pakar berpandangan komuniti Islam di Jerman  bukan sahaja terdedah kepada diskriminasi malah turut berdepan streotaip harian sejak kecil sehingga usia tua.

Katanya, antara prasangka negatif dikaitkan dengan komuniti tersebut adalah didakwa tidak berubah, berfikiran kuno dan mengancam individu lain.        

Jelasnya, streotaip seperti itu mengakibatkan penduduk Islam berdepan diskriminasi dan tersisih daripada masyarakat yang sering menganggap golongan itu sebagai `orang luar’ meskipun kira-kira 50 peratus warga itu mempunyai kerakyatan Jerman.

Pasukan penyelidik memaklumkan kebanyakan penduduk Islam juga mengalami diskriminasi dalam semua peringkat sama ada di sekolah, sektor pekerjaan, politik dan media sosial.

Sementara itu, penulis kajian, Karima Benbrahim berkata, semua pihak termasuk masyarakat dan institusi berkaitan perlu memainkan peranan penting dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, usaha sama diperlukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai diskriminasi dihadapi oleh golongan berkenaan dan langkah membendungnya.

“Diskriminasi terhadap umat Islam memberi kesan kepada semua pihak di negara ini dan bukan hanya tertuju kepada segelintir golongan sahaja,” katanya.

Seorang lagi pengarang kajian, Kai Hafez dari Universiti Erfurt menegaskan diskriminasi terhadap orang Islam bukan sahaja berleluasa dalam kalangan golongan atasan sahaja.

Malah, katanya, golongan kelas pertengahan juga perlu `menyingkirkan’ pandangan streotaip terhadap terhadap umat Islam juga.

“Sudah tiba masanya untuk memperkenalkan reformasi anti-diskriminasi di Jerman,” katanya. – AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya