Insiden bumbung gim runtuh: Majikan syarikat pembinaan ditahan

Insiden bumbung gim runtuh di China: Majikan syarikat pembinaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Polis menahan majikan sebuah syarikat pembinaan tempatan yang disyaki menjadi punca insiden bumbung gimnasium sekolah runtuh di timur laut China.

Ia berikutan pekerja syarikat terbabit didakwa melonggok bahan ‘perlite’ yang merupakan sejenis kaca di atas bumbung gimnasium tersebut ketika melakukan kerja-kerja pembinaan di bangunan bersebelahan.

Hujan lebat kemudian menyebabkan bahan itu mengembang sebelum bumbung itu runtuh.

“Mereka yang bertanggungjawab atas insiden itu sudah ditahan,” lapor agensi Xinhua.

Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam insiden tersebut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika gimnasium yang terletak di wilayah perindustrian Heilongjiang digunakan oleh pasukan bola tampar perempuan sekolah berkenaan.

Menurut saksi, ramai mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Bagaimanapun perkara itu masih belum disahkan secara rasmi.

Dilaporkan, hanya lapan daripada 19 orang yang berada di dalam gimnasium itu terselamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya