Impian Pita bergelar Perdana Menteri Thailand berkubur

Impian Pita bergelar Perdana Menteri Thailand berkubur

PENYOKONG MFP memegang poster Pita Limjaroenrat selepas mahkamah menggantung keahliannya dalam Parlimen buat sementara waktu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memerintahkan keahlian Pita Limjaroenrat sebagai Ahli Parlimen digantung sementara.

Tindakan itu sekali gus menghalang hasrat pemimpin Parti Move Forward (MFP) itu untuk merebut jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand.

Lapor Bangkok Post, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapat penghakiman majoriti 7-2 untuk menerima kes terhadap Pita.

Beliau sebelum ini didakwa mempunyai saham di sebuah syarikat media yang menyebabkannya tidak layak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) 14 Mei lalu.

Selain itu, mahkamah turut memaklumkan Pita diberi tempoh 15 hari untuk menjawab pertuduhan berkenaan.

Pita, yang sepatutnya bertanding dalam undi Parlimen bagi jawatan perdana menteri semalam, berhujah bahawa pemilikan sahamnya dalam syarikat media berkenaan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Pita, 42, yang merupakan lulusan Universiti Harvard, Amerika Syarikat memerlukan sokongan lebih separuh daripada Parlimen untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Kes pegangan saham Pita dirujuk ke Mahkamah Perlembagaan selepas jawatankuasa pilihan raya membuat kesimpulan terdapat bukti mencukupi menunjukkan beliau memiliki 42,000 saham dalam syarikat awam iTV ketika mendaftar pada PRU lalu.

Namun, Pita menjelaskan saham dalam iTV didaftarkan atas namanya kerana mahkamah telah melantiknya sebagai pentadbir mewakili waris lain selepas bapanya meninggal dunia pada 2006.

Beliau berkata, iTV menghentikan operasi pada 2007 dan kemudiannya dinyahsenarai daripada Bursa Saham Thailand pada 2014.

Pada Jun, Pita mengumumkan beliau memindahkan sahamnya dalam iTV kepada waris lain dalam usahanya merebut jawatan perdana menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya