Ibu mentua Presiden Korea Selatan ditangkap polis

Ibu mentua Presiden Korea Selatan ditangkap polis

CHOI EUN-SOON ditahan polis selepas memalsukan dokumen mengenai pembelian tanah sejak 2013. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Polis menahan ibu mentua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol berhubung dakwaan melakukan kesalahan pemalsuan.

Lapor agensi berita Yonhap, penahanan Choi Eun-soon, 76, dibuat selepas mahkamah mengekalkan hukuman penjara setahun terhadapnya kerana didapati bersalah memalsukan dokumen kewangan yang digunakan dalam perjanjian pembelian tanah sejak 2013.

Eun-soon menolak hukuman tersebut menerusi rayuan yang dibuat di mahkamah di Uijeongbu, 22 kilometer ke timur laut Seoul.

Mahkamah rayuan mengesahkan ibu mentua presiden itu mengeluarkan penyata baki akaun palsu untuk membeli hartanah di Seongnam di selatan Seoul antara April dan Oktober 2013.

Dokumen palsu itu menunjukkan Eun-soon memasukkan duit sebanyak AS$27 juta (RM123 juta) ke dalam bank akaunnya.

Namun, Eun-soon mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan pertuduhan tersebut.

Dia kemudiannya dikenakan hukuman penjara selama setahun pada Disember 2021 oleh mahkamah berhubung kes yang sama.

Bagaimanapun, wanita warga emas tersebut tidak ditahan ketika itu.

Selain itu, Eun-soon turut dituduh mengambil faedah insurans negara untuk bagi menguruskan pusat penjagaan warga emas yang tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa kesihatan.

Bagi kesalahan itu, dia dikenakan hukuman penjara tiga tahun sebelum dibebaskan daripada pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi Seoul pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya