Hujan salji turun di Tembagapura, Papua Tengah - Utusan Malaysia

Hujan salji turun di Tembagapura, Papua Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAYAPURA: Balai Besar Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BBMKG) Wilayah Jayapura memaklumkan hujan salji berlaku di Tembagapura di daerah Mimika, Papua Tengah.

Jurucakap BBMKG, Septiana Monicasari menyatakan, hujan salji itu berlaku pada Isnin lalu.

“Kejadian itu amat jarang berlaku di Indonesia yang jelas mempunyai iklim khatulistiwa dan cuaca tropika.

“Hujan salji itu mungkin berlaku disebabkan oleh musim hujan yang melanda wilayah tersebut,” katanya.

Musim hujan di wilayah itu dijangka berterusan sehingga Ogos ini.

Jelas Septiana, kristal ais yang turun sebagai salji boleh terbentuk jika suhu atmosfera berada di bawah paras beku.

“Keadaan udara yang sangat lembap juga menjadi faktor kepada pembentukan salji,” ujarnya.

Awan yang boleh menurunkan salji adalah awan Nimbostartus iaitu sejenis awan yang rendah dan cukup tebal.

Kedudukan wilayah Tembagapura di kawasan tanah tinggi juga menyebabkan hujan salji boleh berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Mimika, Gede Putra memaklumkan, fenomena hujan salji itu hanya berlaku selama beberapa jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya