Helikopter terhempas di Australia: Peluang temukan mangsa hidup tipis - Utusan Malaysia

Helikopter terhempas di Australia: Peluang temukan mangsa hidup tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Misi mencari anggota tentera Australia yang hilang selepas helikopter yang dinaiki terhempas di perairan Queensland diteruskan hari ini, lapor agensi berita dpa.

Empat anggota hilang selepas helikopter MRH-90 Taipan terhempas dan karam di perairan berhampiran Pulau Hamilton ketika menyertai latihan ketenteraan pada Jumaat, kata menteri untuk petugas pertahanan, Matt Keogh.

Namun, pihak berkuasa mengakui peluang tipis untuk menemukan mangsa dalam keadaan masih hidup.

“Misi mencari sedang berjalan melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Australia dan rakan-rakan kami dari Angkatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), serta perkhidmatan kecemasan Queensland.

“Misi mencari itu dijalankan dalam persekitaran yang mencabar. Kami telah menjumpai sebahagian serpihan pesawat yang sedikit sebanyak akan membantu misi mencari kami,” kata Keogh.

Keogh berkata kira-kira 50 helikopter MRH-90 telah direhatkan dan tidak beroperasi buat sementara waktu.

Beliau berkata helikopter itu dijadualkan menamatkan operasinya pada akhir tahun depan, namun, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi kerana siasatan masih berjalan.

Helikopter itu menyertai Latihan Talisman Sabre, melibatkan hampir 30,000 kakitangan dari 13 negara, termasuk Jerman, AS dan Perancis.

Latihan dihentikan selepas kejadian itu, tetapi disambung semula pada Sabtu, kecuali aktiviti khas di Whitsundays masih ditangguhkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya