Harga ayam di Indonesia terus mahal, peniaga ‘garu kepala’

Harga ayam di Indonesia terus mahal, peniaga ‘garu kepala’

SUTINAH merupakan seorang daripada peniaga ayam mentah di Pasar Cibubur, Jakarta Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Harga daging ayam dilaporkan terus melonjak naik di Indonesia dan tidak turun sejak Hari Raya Aidiladha yang lepas, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga dan pembeli.

Sutinah, 58, merupakan satu daripada peniaga ayam mentah di Pasar Cibubur, Jakarta Timur berasa keberatan untuk menjawab berapa harga ayam setiap kali ditanya oleh pembeli.

“Kadang-kadang saya segan untuk memberitahu harga kerana masih mahal dan sudah tentu pembeli berasa keberatan untuk membeli walaupun memerlukan daging ayam untuk masakan.

“Sebelum ini, kita bagi alasan mahu hari raya punca harga ayam naik, kini hari raya sudah berlalu namun harga masih tidak turun.

“Jadi, alasan apa lagi yang boleh diberikan kepada pembeli?,” katanya.

Sutinah memberitahu, harga ayam sekilogram sebelum Aidiladha adalah 25,000 hingga 27,000 sekilogram (RM7.71-RM8.32).

Ketika ini, harga ayam melonjak kepada 35,000 rupiah (RM10.79) sekilogram.

Selain itu, Sutinah juga memaklumkan, mereka terpaksa menjual ayam pada harga lebih rendah daripada modal atau jualan mereka tidak akan laku.

“Di situ kami sudah alami kerugian, tapi apa pilihan yang kami ada? sama ada dapat jual sedikit atau terus tidak laku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya