Hampir 300,000 penduduk dijangka tinggalkan Sri Lanka  - Utusan Malaysia

Hampir 300,000 penduduk dijangka tinggalkan Sri Lanka 

PENUMPANG sedang beratur untuk melalui kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo di Katunayake. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sekurang-kurangnya 300,000 penduduk Sri Lanka dijangka meninggalkan negara dibelenggu krisis ekonomi itu, untuk bekerja di luar negara pada tahun ini. 

Menurut Biro Pekerjaan Asing, sebahagian besar golongan penduduk itu memilih untuk bekerja di negara Teluk. 

Lapor Arab News, lebih 152,000 warga Sri Lanka sudah meninggalkan negara itu sejak awal tahun ini. 

Daripada jumlah itu, lebih 112,000 penduduk memilih untuk bekerja di rantau Majlis Kerjasama Teluk, dengan Arab Saudi menjadi pilihan utama diikuti dengan Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

“Kami menjangkakan jumlah penduduk bakal meninggalkan negara pada 2023 akan mencecah hampir 300,000 orang,” kata Timbalan Pengurus Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka, Gamini Senarath Yapa.

Asia Barat menjadi destinasi pilihan warga Sri Lanka disebabkan pakej gaji lumayan yang ditawarkan dan rangkaian buruh tradisional. 

Ketika ini, lebih sejuta ekspatriat Sri Lanka atau lebih separuh daripada tenaga kerja di luar negara, sedang bekerja di negara Teluk.

“Kebanyakan ejen kami menyasarkan pasaran Asia Barat. Malah, terdapat akses mudah dan pekerjaan sedia ada memandangkan negara itu memerlukan ramai individu untuk membangunkan ekonomi mereka,” katanya. 

Dilaporkan, Arab Saudi menjadi destinasi pilihan utama bagi warga Sri Lanka.

Februari lalu, Arab Saudi dan Sri Lanka memeterai perjanjian mengenai pengesahan kemahiran selain memudahkan proses pengambilan pekerja mahir dari negara pulau itu.

Perjanjian itu merangkumi 23 profesion serta majikan Arab Saudi mengiktiraf akreditasi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pendidikan Tinggi dan Vokasional Sri Lanka. 

“Perjanjian itu melibatkan banyak sektor. Jika warga Sri Lanka mempunyai kelayakan diperlukan atau merupakan pekerja mahir, maka ada peluang untuk mereka,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya