Gugur kandungan secara haram sepantas 5 minit, polis serbu rumah di Jakarta

Gugur kandungan secara haram sepantas 5 minit, polis serbu rumah di Jakarta

RUMAH yang dipercayai dijadikan klinik untuk menggugurkan kandungan secara haram di Kemayoran, Jakarta Pusat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah rumah terletak di Kemayoran, Jakarta Pusat diserbu polis selepas dipercayai dijadikan klinik untuk menggugurkan kandungan secara haram.

Pada pagi semalam, pasukan polis memeriksa tangki septik yang didakwa menjadi tempat membuang semua janin yang digugurkan di rumah tersebut.

Polis mengambil masa selama lebih enam jam untuk memeriksa tangki septik tersebut dan hasilnya, pihak berkuasa menemukan sejumlah jaringan janin dan membawanya ke makmal untuk diperiksa.

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komarudin berkata, klinik itu sudah beroperasi selama setahun setengah dan sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 50 janin sudah digugurkan.

Sehubungan itu, polis sudah menahan sembilan individu yang dikaitkan dengan kes tersebut, bermula dari doktor sehingga pelanggan yang terlibat.

“Berdasarkan maklumat yang dikumpul, proses pengguguran hanya mengambil masa lima minit dengan menggunakan peralatan perubatan.

“Sebelum menggugurkan kandungan, individu terlibat akan diberi ubat turun darah, kemudian janin akan disedut menggunakan peralatan khas.

“Selepas itu, individu berkenaan akan disuruh berehat sebentar sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, polis juga memaklumkan individu yang ingin menggugurkan kandungan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam rumah tersebut bagi mengelakkan kes itu terbongkar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya