TOKYO: Suhu meningkat di banyak tempat dari barat ke utara Jepun semalam, dengan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran panas terik dijangka berterusan di wilayah itu hari ini.
Paras tertinggi siang hari pada Ahad mencecah 35.3 darjah Celsius di Toyota City di wilayah Aichi, 35.1 darjah di Shimanto City di wilayah Kochi, dan 31.7 darjah di tengah Tokyo, menurut JMA.
Pegawai cuaca berkata suhu dijangka mencecah 35 darjah di bandar Nara, Gifu, Nagoya dan Kofu, dan 32 darjah di tengah Tokyo hari ini.
JMA menasihatkan orang ramai untuk terus mengambil langkah mengelak strok haba, seperti menggunakan pendingin hawa dan minum air mencukupi.
Memetik laporan Xinhua, hujan bermusim dijangka kekal berhampiran wilayah Kyushu dan menjadi aktif hingga hari ini.
Dalam tempoh 24 jam hingga petang ini, hujan sehingga 200 milimeter diramalkan di utara dan selatan Kyushu, kata JMA.