Gelongsor taman air tercabut, bapa maut di Perancis - Utusan Malaysia

Gelongsor taman air tercabut, bapa maut di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE: Seorang bapa maut, manakala anaknya berusia tiga tahun cedera selepas satu struktur permainan di taman tema air tercabut akibat angin kencang ketika mereka sedang bermain.

Menurut sumber, mangsa berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital bersama anaknya sejurus selepas kemalangan dan kemudiannya dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian dilaporkan berlaku di taman tema air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di wilayah Var, selatan Perancis yang popular dalam kalangan pelancong pada musim panas.

Menurut pasukan bomba, struktur bersaiz 20 meter panjang itu terpelanting pada jarak kira-kira 50 meter di Taman Air Wonderland, dengan kedua-dua mangsa terperangkap di dalam.

Datuk Bandar, Alain Decanis, mempersoalkan bagaimana taman tema air yang membawa kegembiraan seisi keluarga, berlaku sebaliknya sehingga meragut nyawa.

Beliau kini sedang menunggu laporan daripada siasatan yang dibuka oleh pendakwa raya.

Sementara itu, dilaporkan anak mangsa mengalami serangan jantung, namun tiada maklumat terperinci diberikan.

Taman Air Wonderland dibuka hanya pada musim panas ini kira-kira 40 kilometer di luar bandar Aix-en-Provence. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya