Gelombang haba ekstrem Cerberus landa Eropah, ragut nyawa pertama di Itali - Utusan Malaysia

Gelombang haba ekstrem Cerberus landa Eropah, ragut nyawa pertama di Itali

PELANCONG menyegarkan diri di kolam air pancut Trevi di Rom ketika gelombang haba melanda Eropah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gelombang haba ekstrem yang melanda Eropah meragut nyawa pertama di Itali.

Kes kematian itu dilaporkan ketika warga Britain yang melancong ke seluruh Mediterranean bakal berdepan suhu setinggi 45 darjah Celsius.

Lapor Daily Mail, seorang pekerja papan tanda jalan berusia 44 tahun rebah akibat cuaca panas di bandar Lodi, tenggara Milan ketika suhu melonjak melebihi 40 darjah Celsius.

Mangsa yang tidak didedahkan identiti, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ribuan pelancong di Mediterranean kini diberi amaran mengenai kesan mengancam nyawa akibat panas terik selepas sistem cuaca antisiklon dari padang pasir Sahara yang dikenali sebagai Cerberus mula menuju ke arah utara.

Cerberus bakal mengakibatkan suhu meningkat sehingga 44 darjah Celsius di bahagian selatan Sepanyol.

Kepulauan Sardinia dan Sicily di Itali juga dijangka mengalami cuaca panas melampau, dengan suhu diramalkan mencecah 45 darjah Celsius.

Pelancong Britain bergelut dengan cuaca panas terik pada minggu ini apabila beberapa individu pengsan di Rom ketika suhu mencecah 36 darjah Celsius semalam.

Seorang pelancong warga Britain dilaporkan rebah di hadapan tapak bersejarah Colosseum di Rom sebelum dibantu oleh pejalan kaki yang melalui kawasan itu.

Beberapa pelancong lagi singgah berteduh di bawah pokok manakala yang lain pula menggunakan baju masing-masing sebagai `payung’ untuk melindungi diri mereka daripada sinaran matahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya