Faktor cuaca jejas pengeluaran: Harga beras global diramal terus naik

Faktor cuaca jejas pengeluaran: Harga beras global diramal terus naik

PETANI menanam anak pokok padi di sawah yang ditenggelami air di pinggir Srinagar, India.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Harga beras global kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun, malah berkemungkinan meningkat lebih mahal selepas India menaikkan pembayaran kepada petani, ditambah ancaman El Nino yang berpotensi mengurangkan hasil pengeluaran.

Bahan makanan ruji itu kini menjadi lebih mahal terutama untuk rakyat Asia dan Afrika yang miskin.

HARGA BERAS INDIA MELONJAK

Beras adalah makanan ruji untuk lebih tiga bilion orang dan hampir 90 peratus daripada tanaman itu dihasilkan di Asia, di mana corak cuaca El Nino biasanya membawa hujan yang lebih rendah.

Namun sebelum fenomena cuaca itu mengganggu pengeluaran, indeks harga beras global yang direkodkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian sudah pun mencecah paras tertinggi.

Lonjakan harga berlaku walaupun Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) meramalkan peningkatan dalam enam negara pengeluar global teratas melibatkan India, Thailand, Bangladesh, China, Indonesia, dan Vietnam.

India menyumbang lebih 40 peratus eksport beras dunia, iaitu 56 juta tan pada 2022, namun harga eksport beras India dilihat melonjak sembilan peratus ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Perkara itu berlaku berikutan kenaikan bayaran kerajaan kepada petani sebanyak tujuh peratus untuk beras biasa musim baharu.

Insentif itu bertujuan untuk memancing undi petani dalam pilihan raya negeri utama India tahun ini dan pilihan raya umum tahun depan.

Harga eksport di Thailand dan Vietnam juga dilaporkan turut meningkat ke paras tertinggi lebih dua tahun sejak insentif itu diperkenalkan.

“India adalah pembekal beras paling murah. Namun selepas harga di India meningkat berikutan harga sokongan minimum baharu, pembekal lain juga mula menaikkan harga,” kata Presiden Persatuan Pengeksport Beras (REA), B.V. Krishna Rao.

ANCAMAN EL-NINO
Walaupun ramalan untuk tanaman Asia yang kukuh, beberapa pangkalan perdagangan global menjangkakan fenomena El Nino akan mengurangkan pengeluaran semua pengeluar beras utama.

Menurut USDA, inventori beras global dijangka turun ke paras terendah dalam enam tahun sebanyak 170.2 juta tan menjelang akhir 2023 dan sepanjang 2024, apabila stok pengeluar utama China dan India jatuh berikutan peningkatan permintaan.

“Kesan El Nino tidak terhad kepada mana-mana negara, ia menjejaskan pengeluaran beras di hampir semua negara pengeluar,” kata Naib Presiden perniagaan beras Olam India.

Menurut beliau, harga beras dijangka meningkat sebanyak 20 peratus atau lebih tinggi jika hasil tanaman padi kedua di hampir semua negara Asia turun mendadak akibat fenomena El Nino.

Thailand yang merupakan pengeksport beras kedua terbesar di dunia menggesa petani untuk menanam hanya satu tanaman padi selepas hujan pada Mei berkurangan 26 peratus di bawah paras normal.

India, yang menanam padi kali kedua pada November menjangkakan pengurangan bekalan sekitar 26 peratus berbanding tahun lalu berikutan musim monsun yang mengurangkan taburan hujan sebanyak lapan peratus.

Penganalisis Shanghai JC Intelligence, Rosa Wang berkata, cuaca di China turut menjejaskan pengeluar utama bijirin yang dilihat tidak kondusif untuk tanaman awal musim tetapi stok simpanan yang tinggi diharap dapat mengimbangi bekalan dan permintaan.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya