Enam maut dalam nahas pesawat ringan di Los Angeles

Enam maut dalam nahas pesawat ringan di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACRAMENTO: Enam orang maut apabila pesawat ringan dinaiki mereka terhempas dan terbakar di sebuah kawasan lapangan terbang berhampiran Los Angeles, California di Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Persekutuan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengesahkan pesawat Cessna C550 terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di Riverside County, kira-kira 137 kilometer (km) selatan Los Angeles.

Jelas kenyataan, nahas itu berlaku kira-kira 4.15 pagi (waktu tempatan).

Pegawai penyiasat penerbangan untuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Elliott Simpson berkata, kesemua penumpang dan juruterbang maut merupakan orang dewasa.

Pesawat peribadi itu terhempas kira-kira 500 kaki dari landasan di landasan lapangan terbang itu selepas cuba mendarat.

Jelas Simpson, keadaan itu memenuhi standard minimum untuk mendarat di lapangan terbang.

Sementara itu, polis berkata, pesawat itu terbakar sepenuhnya sekali gus meragut nyawa kesemua penumpang dan anak kapalnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya