MOCSOW: Empat orang terbunuh manakala 10 lagi cedera selepas paip air panas pecah dan meletup di sebuah pusat beli-belah di barat Moscow.
Datuk Bandar, Sergei Sobyanin berkata, sebahagian pengunjung mengalami lecur pada anggota badan dan perkhidmatan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.
“Kami menyediakan bantuan perubatan kepada semua mangsa,” kata Sobyanin.
Rakaman video menunjukkan air panas memenuhi seluruh ruang bangunan dan kepulan wap keluar dari rekahan pintu dan tingkap.
Bagaimanapun, agensi berita Russia memetik kenyataan penyiasat berkata, tiada kebocoran ammonia di tapak itu seperti yang disyaki sejak sekian lama.
Pusat beli-belah itu, yang dikenali sebagai Vremena Goda itu, dibuka pada 2007 yang menempatkan lebih 150 kedai.- REUTERS