Empat polis maut dalam insiden berbalas tembakan di Balochistan

Empat polis maut dalam insiden berbalas tembakan di Balochistan

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUETTA: Sekurang-kurangnya empat anggota keselamatan terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan bersenjata di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.

Menurut pihak berkuasa, tiga lagi individu cedera dalam insiden itu.

Kira-kira 12 lelaki bersenjata menyerang anggota polis dan pegawai Frontier Constabulary di sebuah pusat pemeriksaan lebuh raya di daerah Zhob, sehingga mengakibatkan pertempuran selama dua jam.

“Tiga anggota polis dan seorang pegawai Frontier Constabulary terbunuh dalam serangan itu.

“Seorang daripada kumpulan bersenjata juga dikatakan maut dalam serangan itu namun setakat ini belum dikenal pasti,” kata pesuruhjaya Zhob, Saeed Umrani.

Dilaporkan, kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) dalam satu kenyataan mendakwa melakukan serangan itu.

Kumpulan itu turut mengesahkan seorang penyerang maut ditembak polis.

Serangan yang kebanyakannya menyasarkan pasukan keselamatan meningkat semula sejak Taliban Afghanistan menawan semula Kabul pada 2021.

Malah, gencatan senjata selama berbulan-bulan antara TTP dan Islamabad berakhir November tahun lalu.

April lalu, sekurang-kurangnya empat polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata dari Pakistan Taliban di Kuchlak, Balochistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya