Ekonomi Indonesia kedua tertinggi dalam G20

Ekonomi Indonesia kedua tertinggi dalam G20

PERTUMBUHAN ekonomi Indonesia mencecah lebih lima peratus, sekali gus menjadi antara yang terbaik dalam kalangan negara G20. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pertumbuhan ekonomi Indonesia mencecah 5.03 peratus, sekali gus menjadikannya kedua tertinggi dalam kalangan negara G20.

Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto, biarpun global berdepan dengan masalah ekonomi yang kompleks seperti inflasi, peperangan dan krisis tenaga, kedudukan ekonomi negara ini kekal kukuh.

“Pertumbuhan ekonomi Indonesia lebih tinggi berbanding negara lain, malah antara yang terbaik dalam kalangan G20.

“Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) Indonesia masih berada pada paras yang meluas, iaitu 52.7, sekali gus menggambarkan petanda positif dalam ekonomi,” katanya dalam Persidangan projek Strategik Nasional (PSN).

Jelas Airlangga, bagi memastikan masyarakat Indonesia ‘tidak terperangkap’ dalam tahap pendapatan sederhana menjelang 2035, rakyat negara ini perlu memanfaatkan bonus demografi yang dijangka bertahan untuk 13 tahun akan datang.

Menurutnya, kunci kepada pertumbuhan ekonomi yang ketara ialah pembangunan infrastruktur. Oleh itu, projek PSN sedang disediakan secara menyeluruh bagi menyokong dasar transformasi ekonomi negara dalam jangka pendek dan panjang.

Airlangga memaklumkan untuk dasar jangka panjang, PSN dilaksanakan dengan meningkatkan kesalinghubungan melalui projek jalan tol, kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan infrastruktur asas lain.

Selain itu, PSN memberi tumpuan kepada pengukuhan keselamatan tenaga negara melalui penyediaan infrastruktur minyak dan gas, elektrik, dan penapisan pemprosesan, serta mempercepatkan transformasi digital dan penghasilan bakat digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya