Didakwa memandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan - Utusan Malaysia

Didakwa memandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan

KIRI ALLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Menteri Kehakiman New Zealand, Kiri Allan meletak jawatan pada Isnin selepas didakwa memandu secara melulu dan menghalang daripada ditahan.

Beliau baru saja seminggu kembali ke pejabat selepas berehat bagi menangani isu kesihatan mentalnya, lapor Xinhua.

Pada jam 9 malam waktu tempatan hari yang sama, Allan terbabit dalam kemalangan kereta di Wellington dan ditahan di Balai Polis Pusat Wellington tetapi dibebaskan jam kira-kira 1 pagi Isnin.

“Allan didakwa menggunakan kenderaan bermotor secara cuai dan enggan mengikut arahan pegawai polis. Ujian pernafasannya juga mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang,” kata polis.

Sementara itu, Perdana Menteri Chris Hipkins dalam satu kenyataan berkata: “walaupun tindakannya tidak boleh dimaafkan, saya dimaklumkan bahawa menteri wanita itu mengalami tekanan emosi yang melampau semasa kejadian.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya