Diancam bunuh dan culik, AS arah kakitangan kerajaan segera tinggalkan Haiti - Utusan Malaysia

Diancam bunuh dan culik, AS arah kakitangan kerajaan segera tinggalkan Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam mengarahkan kakitangan bukan kecemasan kerajaan dan ahli keluarga meninggalkan Haiti secepat mungkin disebabkan ancaman  ‘penculikan, jenayah, pergolakan awam dan kemudahan kesihatan lemah.

Katanya, warganegara AS yang tidak berkhidmat untuk kerajaan juga perlu meninggalkan Haiti secepat mungkin ‘melalui pengangkutan komersial atau persendirian lain yang ada’.

“Penculikan berleluasa dan mangsa biasanya termasuk warga AS. Penculik mungkin menggunakan perancangan canggih atau mengambil kesempatan daripada peluang tidak dirancang, bahkan konvoi turut diserang,” kata Jabatan Negara dalam nasihat perjalanannya.

Haiti bergelut membendung keganasan dan kekecohan disebabkan kumpulan bersenjata yang mendorong krisis kemanusiaan berlaku dan menyebabkan puluhan ribu orang hilang tempat tinggal akibat penculikan untuk wang tebusan, rogol berkumpulan, penyeksaan dan pembunuhan kerap berlaku.

Negara Caribbean itu tidak memilih pemimpin baharu sejak Presiden Jovenel Moïse dibunuh pada 7 Julai 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya