Demonstrasi bakar al-Quran di Denmark cetus kemarahan - Utusan Malaysia

Demonstrasi bakar al-Quran di Denmark cetus kemarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Tindakan sekumpulan penunjuk perasaan sayap kanan membakar salinan kitab suci al-Quran di hadapan kedutaan Mesir dan Turkiye di ibu negara Denmark semalam menerima kecaman pelbagai pihak.

Lapor Al-Jazeera, demonstrasi anti-Islam itu berlaku di Copenhagen oleh kumpulan ultra-nasionalis sayap kanan yang dipanggil Danish Patriots.

Kementerian Luar Iraq menyeru pihak berkuasa negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk segera mempertimbangkan semula tindakan yang dipanggil kebebasan bersuara dan hak untuk berdemonstrasi berikutan pembakaran al-Quran yang semakin berleluasa.

Turkiye mengutuk serangan keji terhadap al-Quran dan menyeru Denmark untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mencegah jenayah kebencian terhadap Islam itu.

Kerajaan Denmark menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan provokatif dan memalukan tetapi mengakui tidak mempunyai kuasa untuk menyekat penunjuk perasaan yang tidak menggunakan sebarang kekerasan.

Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen memaklumkan sudah membuat perbincangan membina melalui panggilan telefon dengan dengan rakan sejawatannya dari Iraq, Fuad Hussein mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara dan isu pembakaran al-Quran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya