WASHINGTON: Presiden Joe Biden akan mencalonkan Laksamana, Lisa Franchetti untuk mengetuai Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadikannya wanita pertama memegang jawatan itu dan berkhidmat sebagai Ketua Turus Bersama.
Biden berkata Franchetti yang mempunyai pengalaman 38 tahun dalam perkhidmatan adalah seorang pegawai bertauliah dan berdedikasi kepada negara termasuk dalam peranannya kini sebagai Naib Ketua Operasi Tentera Laut.
“Dia adalah wanita kedua pernah mencapai pangkat laksamana empat bintang dalam Tentera Laut AS dan apabila disahkan, dia sekali lagi akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama berkhidmat sebagai Ketua Operasi Tentera Laut dan Ketua Turus Bersama,” katanya.
Franchetti dilaporkan berkhidmat di atas beberapa kapal, mengetuai kapal pemusnah peluru berpandu, skuadron pemusnah dan dua kumpulan kapal pengangkut.
Jawatan lain beliau ialah Timbalan Komander Tentera Laut AS di Eropah dan juga di Afrika, dan Timbalan Ketua Operasi Tentera Laut untuk pembangunan perang serta Naib Ketua Operasi Tentera Laut pada September 2022.
Bagaimanapun perkara itu belum dimuktamadkan oleh Senat sebelum pendahulunya meletakkan jawatan susulan Republikan turut menyenaraikan 200 pegawai kanan.
Laksamana Mike Gilday dijangka menamatkan penggal empat tahunnya sebagai Ketua Tentera Laut bulan depan, tetapi pengesahan jawatan Franchetti mungkin akan ditahan oleh Senator, Tommy Tuberville.
Ini susulan bantahan Tuberville terhadap keputusan Pentagon membenarkan anggota perkhidmatan mengambil ketidakhadiran pentadbiran untuk mendapatkan “penjagaan kesihatan reproduktif tidak dilindungi,” dan mewujudkan elaun perjalanan bagi membantu menampung kos iaitu dasar yang dilaksanakan selepas Mahkamah Agung membatalkan hak pengguguran di seluruh negara tahun lalu.
Walaupun Senat yang akan menandatangani pencalonan pegawai tentera dan masih boleh mengundi secara individu, ‘penahanan’ Tuberville menyaksikan ia tidak boleh diluluskan dengan cepat walaupun ada persetujuan sebulat suara.
Gilday dilaporkan akan menyerahkan jawatannya kepada Franchetti dalam kapasitinya sebagai timbalannya sekiranya dia tidak disahkan apabila meninggalkan jawatannya, sekali gus mencerminkan situasi semasa dalam Tentera Laut.
Penolong komandan, Jeneral Eric Smith, dicalonkan untuk mengetuai perkhidmatan itu, tetapi masih belum disahkan dan telah berkhidmat sebagai pemangku sejak 10 Julai.
Pegawai tertinggi lain juga akan meninggalkan jawatan dalam beberapa bulan akan datang, termasuk Ketua Turus Tentera, Jeneral James McConville dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Mark Milley. – AFP