Beg tangan mikroskopik dijual lebih AS$63,000   - Utusan Malaysia

Beg tangan mikroskopik dijual lebih AS$63,000  

BEG tangan lebih kecil daripada sebutir garam dijual dalam satu acara lelongan dalam talian. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah beg tangan yang dikatakan `lebih kecil daripada sebutir garam’ berjaya dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM292,476).

Beg tangan mikroskopik itu dijual dalam satu acara lelongan dalam talian kira-kira dua minggu selepas jenama fesyen mewah dikritik setelah menghasilkan aksesori unik itu.

Lapor Daily Mail, MSCHF memperkenalkan beg tangan kecil itu pada awal bulan ini, yang memerlukan mikroskop untuk melihat reka bentuknya.

Beg itu hanya bersaiz 657x22x700 mikrometer yang bersamaan kurang daripada 0.03 inci, serta cukup sempit untuk melepasi mata jarum.

“Meskipun ramai warganet mengkritik saiz beg tangan itu, produk itu berjaya dijual dengan harga puluhan ribu dolar dalam acara lelongan diadakan firma Joopiter milik penyanyi Pharell Williams.

“Identiti pembeli beg tangan itu masih belum didedahkan,” jelas laporan CNN.

Dilaporkan, beg tangan berwarna hijau neon itu turut menampilkan ciri-ciri seperti jenama Louis Vuitton.

Beg itu diperbuat daripada resin fotopolimer dan direka menggunakan teknologi percetakan 3D.

Sebelum ini, MSCHF pertama kali mendedahkan pelancaran beg tangan unik itu menerusi akaun Instagram pada 14 Jun lalu.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya