Bakar al-Quran: OIC gantung status utusan khas Sweden

Bakar al-Quran: OIC gantung status utusan khas Sweden

PENUNJUK perasaan membantah tindakan membakar al-Quran di Basra, Iraq.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertindak menggantung status utusan khas Sweden berikutan insiden pembakaran al-Quran di Stockholm yang mencetuskan kemarahan dan protes besar-besaran di beberapa negara.

Organisasi yang terdiri daripada 57 negara majoriti Islam dalam satu kenyataan berkata, penggantungan itu disebabkan pemberian lesen oleh pihak berkuasa Sweden yang mencetus penyalahgunaan berulang kali ke atas kesucian al-Quran dan simbol Islam.

Dalam insiden terbaharu, seorang lelaki Iraq di Sweden yang mengaku sebagai ateis mengumumkan rancangan untuk membakar al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Stockholm pada Khamis lalu.

Penunjuk perasaan di Iraq menyerbu kedutaan Sweden dan kerajaan Iraq turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Sweden berikutan insiden itu.

“Jawatankuasa itu meminta setiausaha agung mempertimbangkan untuk menggantung status utusan khas itu dari mana-mana negara di mana salinan al-Quran atau nilai dan simbol Islam lain dicemari dengan persetujuan pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.

Organisasi itu turut memaklumkan sudah menghantar surat kepada Menteri Luar Sweden untuk menyampaikan keputusan itu.

Pembakaran al-Quran secara terbuka turut berlaku di Denmark Jumaat lalu yang mencetuskan lebih banyak protes ganas di Iraq.

Penunjuk perasaan dilaporkan bertempur dengan polis ketika mereka cuba menyerbu lokasi kedutaan Denmark yang terletak di Zon Hijau di Baghdad sementara di Basra, kumpulan yang menyertai bantahan bertindak membakar kemudahan milik Majlis Pelarian Denmark.

Kementerian Luar Negeri Denmark kelmarin mengeluarkan kenyataan mengutuk pembakaran al-Quran namun menjelaskan kebebasan bersuara dan berhimpun mesti dihormati.

“Membakar teks suci dan simbol agama lain adalah perbuatan memalukan yang tidak menghormati agama orang lain. Ia adalah tindakan provokatif yang menyakitkan hati ramai orang dan mewujudkan perpecahan antara agama dan budaya yang berbeza,” jelas kenyataan itu.

Walaupun banyak negara di seluruh dunia masih mempunyai undang-undang yang menjenayahkan tindakan sedemikian, perkara itu tidak berlaku di Sweden dan Denmark apabila tindakan membakar teks suci sebarang agama tidak dilarang secara khusus oleh undang-undang kedua-dua negara.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya