AS siasat polisi kemasukan ke Harvard     - Utusan Malaysia

AS siasat polisi kemasukan ke Harvard    

ORANG ramai berjalan melalui Harvard Yard di kampus Universiti Harvard di Massachusetts. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada Harvard mengamalkan diskriminasi kaum membabitkan polisi kemasukan ke universiti berkenaan.

Merujuk surat yang dikemukakan agensi berkenaan, siasatan tersebut membabitkan sama ada universiti itu hanya memilih pemohon berdasarkan kroni iaitu mereka yang mempunyai hubungan dengan penderma dan alumni.     

Siasatan ke atas polisi kemasukan universiti berprestij itu dilaksanakan kira-kira sebulan selepas sebuah mahkamah agung mengeluarkan keputusan melarang penggunaan kaum dalam permohonan kemasukan ke kolej.

Keputusan itu mencetuskan perdebatan baharu berkaitan keadilan polisi kemasukan ke universiti terkemuka di AS dan sejauh mana menyumbang kepada ketidaksamaan.

Siasatan dilaksanakan sayap hak sivil Jabatan Pendidikan merupakan tindak balas daripada aduan difailkan oleh tiga organisasi yang mewakili pelajar dari kumpulan minoriti.

Mereka menegaskan pemilihan kemasukan berdasarkan alumni mendiskriminasi pemohon dari komuniti minoriti.   

Dalam aduan tersebut, kumpulan itu memaklumkan hampir 70 peratus pemohon Harvard yang mempunyai hubungan keluarga atau kaitan dengan penderma adalah warga kulit putih.

“Faedah diterima oleh pemohon yang kebanyakannya adalah warga kulit putih   dari kroni adalah amat besar,” jelas laporan aduan itu. 

Kumpulan itu turut memuat naik salinan surat Jabatan Pendidikan AS kepada Harvard yang menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya