AS gagalkan cubaan Iran rampas kapal tangki, hubungan makin tegang

AS gagalkan cubaan Iran rampas kapal tangki, hubungan makin tegang

GAMBAR menunjukkan kapal tentera laut Iran menghampiri Richmond Voyager untuk merampasnya di Teluk Oman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menggagalkan dua cubaan tentera laut Iran untuk merampas kapal tangki komersial di perairan antarabangsa Oman.

Ia termasuk insiden membabitkan tentera laut Iran melepaskan tembakan ke arah kapal tangki itu.

Teheran meningkatkan tindakan terhadap kapal tangki di rantau itu sejak AS mengetatkan sekatan ke atas eksport minyak Iran sendiri dan bahagian ekonomi yang lain.

Komando Pusat AS menerusi kenyataan memaklumkan tentera Iran cuba merampas TRF Moss yang mengibarkan bendera Kepulauan Marshall dan beberapa jam kemudian kapal Richmond Voyager membawa bendera Bahamian.

Jelasnya, dalam dua insiden terbabit, kapal Iran `melarikan diri’ selepas sebuah kapal pemusnah AS muncul di tempat kejadian.

Dilaporkan, sebuah kapal tentera laut Iran menghampiri TRF Moss di di Teluk Oman, kira-kira pukul satu pagi (waktu tempatan) semalam.

“Kapal Iran itu berlepas dari tempat kejadian apabila kapal pemusnah peluru berpandu tentera laut AS, USS McFaul tiba di stesen,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan, tiga jam kemudian, tentera laut AS menerima panggilan kecemasan daripada Richmond Voyager yang terletak lebih 32 kilometer (km) dari pantai Muscat.

Sebuah lagi kapal tentera laut Iran berada berhampiran dengan kapal tangki komersial itu dan menghantar pesanan mengarahkannya berhenti.

Jelas kenyataan itu, sebelum ketibaan kapal USS McFaul, tentera Iran melepaskan tembakan beberapa kali termasuk bedilan dari senjata dikendalikan oleh anak kapal.

Tembakan itu mengenai badan kapal tangki itu namun tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan besar dilaporkan.

Tambah kenyataan itu, Iran `mengganggu, menyerang atau merampas’ hampir 20 kapal dagang antarabangsa sejak tahun 2021.

Katanya, tindakan itu secara jelas menunjukkan ancaman kepada keselamatan maritim serantau dan ekonomi global. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya