Aplikasi Threads tarik 10 juta pengguna dalam tempoh tujuh jam - Utusan Malaysia

Aplikasi Threads tarik 10 juta pengguna dalam tempoh tujuh jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lebih 10 juta pengguna dilaporkan mendaftar dalam aplikasi baharu Threads sekitar tempoh tujuh jam pertama pelancarannya oleh syarikat induk Facebook, Meta.

Threads merupakan pencabar terbesar kepada aplikasi Twitter milik Elon Musk yang terkenal sebagai salah satu syarikat media sosial paling ikonik dengan lebih 200 juta pengguna setiap hari.

Aplikasi Thread dilancarkan untuk pengguna Apple dan Android di 100 negara secara serentak dan akan beroperasi tanpa iklan buat masa ini.

“10 juta pendaftaran dalam tujuh jam,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di akaun Threads rasminya.

Antara selebriti terkenal yang mendaftar akaun di laman Threads termasuk Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh Jackman, selain saluran media The Washington Post dan The Economist.

Zuckerberg dilaporkan menghabiskan beberapa jam pertama pelancaran platform tersebut membalas kepada pengguna baharu.

“Walaupun mungkin memerlukan sedikit masa, tetapi saya fikir perlu ada aplikasi perbualan awam dengan lebih satu bilion orang menyertainya. Twitter mempunyai peluang untuk melakukannya tetapi mereka masih belum berjaya. Mudah-mudahan kami akan berjaya,” katanya.

Aplikasi Threads dibangunkan oleh pasukan Instagram bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.

Menurut Zukerberg, hantaran di aplikasi baharu itu mampu mencapai sehingga 500 aksara dan pengguna boleh memasukkan pautan, foto serta video berdurasi sehingga lima minit.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya