Anggota pembangkang simbah air kepada PM Kosovo dalam Parlimen

Anggota pembangkang simbah air kepada PM Kosovo dalam Parlimen

AHLI Parlimen menolak antara satu sama lain ketika pergaduhan tercetus di Parlimen Kosovo di Pristina.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIZREN: Kekecohan tercetus di Parlimen Kosovo kelmarin selepas seorang anggota pembangkang menyimbah air ke arah Perdana Menteri, Albin Kurti, ketika beliau membentangkan langkah kerajaan untuk meredakan ketegangan dengan etnik Serb di utara negara itu.

Ahli Parlimen Parti Demokrat Kosovo, Mergim Lushtaku didakwa menghampiri Kurti ketika beliau sedang bercakap dan menyimbah air ke arahnya hingga mencetuskan pergaduhan.

Media tempatan berkata, pihak berkuasa terpaksa mengiringi Kurti keluar dari dewan perhimpunan berkenaan akibat kekecohan itu.

Terdahulu, Timbalannya, Besnik Bislimi turut mengoyakkan lukisan mengejek Kurti yang diberikan pembangkang kepada Perdana Menteri itu.

Lapor The Guardian, parti pembangkang Kosovo mengkritik dasar Kurti di utara, yang dilihat merenggangkan hubungan negara itu dengan sekutu utama barat.

AS dan Kesatuan Eropah (EU) sering memberi tekanan kepada Kurti agar segera meredakan ketegangan malah mahu Serbia serta Kosovo mencapai penyelesaian kepada pertikaian mereka melalui dialog yang dianjurkan EU sebagai syarat untuk menyertai blok itu.

Keganasan tercetus pada Mei lalu apabila Datuk Bandar etnik Albania yang disokong polis mengambil alih jawatan selepas pilihan raya di kawasan majoriti etnik Serb itu diboikot secara meluas.

Puluhan cedera dalam pertempuran antara warga Serb tempatan dan polis Kosovo serta pasukan pengaman yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sekali gus mencetuskan kebimbangan konflik pada 1998 yang mengorbankan lebih 10,000 orang kembali berulang.

Pada hari Rabu, Kurti mengumumkan beliau akan mengurangkan bilangan pegawai polis khas yang ditempatkan di luar empat bangunan perbandaran di kawasan majoriti etnik Serb di utara Kosovo dan mengadakan pemilihan datuk bandar baharu di setiap bandar.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pembangkang, yang berhujah bahawa Kurti bereksperimen selama berbulan-bulan hingga menjejaskan kedudukan antarabangsa Kosovo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya