Anak pembunuh lulus latihan kadet polis - Utusan Malaysia

Anak pembunuh lulus latihan kadet polis

TRIBRATA PUTRA bersama kakaknya, Trisha Eungelica. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anak lelaki Ferdy Sambo yang dikenakan hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya, Sarjan Nopryansyah Yosua Hutabarat atau dikenali sebagai Brigadier J dilaporkan lulus latihan kadet Akademi Polis (Akpol) 2023.

Jurucakap polis, Dedi Prasetyo memberitahu, Tribrata Putra menjalani latihan dengan lancar sepanjang berada dalam akademi tersebut.

“Memang benar, anak lelaki Ferdy Sambo sudah lulus latihan kadet polis.

“Tribrata masuk Akpol mengikut prosedur yang betul dan kejayaannya juga adalah hasil titik peluhnya, bukan kerana bapanya bekas pegawai tinggi polis,” kata Dedi.

Selain itu, Dedi menegaskan semua pihak mempunyai peluang yang sama rata untuk menyertai akademi polis.

Beliau juga menyatakan, terdapat permintaan supaya Tribrata ditugaskan di kampung halaman Brigadier J.

“Kita mempunyai penilaian sebelum menugaskan mana-mana anggota polis.

“Mereka akan ditempatkan mengikut tahap penilaian yang diberi,” ujarnya.

Mahkamah Hakim Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Selatan sebelum ini mengenakan hukuman mati terhadap Ferdy selepas dia didapati bersalah merancang pembunuhan Brigadier J.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya