Aloe vera juga penyebab kanser?

Aloe vera juga penyebab kanser?

LATEKS aloe vera boleh menyebabkan masalah sekiranya ia dimakan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera diklasifikasikan di bawah senarai ‘kemungkinan karsinogenik’ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tumbuhan itu pernah digunakan dalam perubatan tradisional sejak berabad-abad, dengan orang Yunani dan Rom purba menyapu pulpa pada luka cedera.

Malah, kini, ekstrak aloe vera digunakan dalam hampir semua jenis produk penjagaan kulit, suplemen, cecair kumur mulut dan ubat gigi.

Lapor Daily Mail, pakar toksikologi berpandangan orang ramai tidak perlu bimbang dengan risiko aloe vera dan kemunculannya dalam senarai `kemungkinan karsinogenik’.

Bagaimanapun, penduduk dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya mahu menggunakan ekstrak tumbuhan itu bagi kegunaan lain selain disapukan pada kulit.

Ia berikutan beberapa bukti mendedahkan komponen tertentu dalam tumbuhan itu yang dikenali sebagai lateks aloe vera, boleh menyebabkan masalah sekiranya ia dimakan.

Pada 2013, pasukan penyelidik yang mengkaji kesan toksik aloe vera, memberi air yang mengandungi pelbagai sebatian termasuk lateks aloe vera, kepada sekumpulan tikus selama dua tahun.

Selepas dua tahun, beberapa tikus diberi air dalam kuantiti banyak didapati dijangkiti tumor usus yang jarang berlaku.

Para saintis percaya sebatian dalam lateks aloe vera yang dikenali sebagai antrakuinon menjadi penyebab tikus itu dijangkiti penyakit tumor usus.

Pada awal bulan ini, WHO meletakkan pemanis tiruan, aspartam dalam senarai lebih 300 bahan yang `mungkin’ menyebabkan penyakit kanser.

Bagaimanapun, WHO menegaskan pemanis tiruan itu masih selamat untuk digunakan dan menasihati pengambilan secara sederhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya