49 maut nahas jalan raya di barat Kenya

49 maut nahas jalan raya di barat Kenya

kenya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh apabila sebuah trak hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain dan pejalan kaki di sebuah persimpangan jalan di barat Kenya.

Ketua polis tempatan, Geoffrey Mayek berkata, pihaknya mengesyaki seorang atau dua mangsa masih terperangkap di bawah trak berkenaan.

Katanya, hujan lebat menyukarkan lagi operasi menyelamat mangsa.

“Sekurang-kurangnya 30 orang lagi cedera parah dan dikejarkan ke hospital. Kami menjangkakan angka kematian meningkat,” katanya.

Jelas beliau, nahas itu berlaku di lebuh raya antara bandar Kericho dan Nakuru kira-kira pukul 6:30 petang (waktu tempatan).

Beberapa gambar disiarkan di televisyen menunjukkan beberapa kenderaan remuk, serta mayat dan darah di seluruh lokasi kejadian.

Sementara itu, Presiden Kenya, William Ruto menerusi ciapan di Twitter memaklumkan negara ini berkabung bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam nahas jalan raya ngeri di Londiani. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya