17 maut, transformer elektrik meletup di Uttarakhand

17 maut, transformer elektrik meletup di Uttarakhand

MANGSA yang terkena renjatan elektrik dikejarkan ke hospital di daerah Chamoli. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 maut akibat terkena renjatan elektrik selepas sebuah transformer meletup di tebing sungai Alaknanda di Uttarakhand, utara India.

Pihak berkuasa mengesahkan seorang pegawai polis dan lima pengawal keselamatan antara mangsa terbunuh dalam kejadian berlaku berhampiran loji rawatan kumbahan di daerah Chamoli.

Lapor BBC, polis memaklumkan beberapa orang cedera parah dalam kejadian itu.

Katanya, semua mangsa itu sedang dirawat di hospital utama di daerah tersebut.

Superintenden polis Chamoli, Pramendra Dhobal berkata, kejadian itu berlaku pada waktu malam namun pihaknya hanya menerima laporan pada keesokan pagi. 

“Pada mulanya, kami mendapat panggilan dari penduduk kampung bahawa seorang pengawal maut akibat terkena renjatan elektrik.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati seramai 21 orang mengalami cedera parah kerana terkena renjatan elektrik.

“Setakat ini, 17 orang meninggal dunia di hospital dan selebihnya berada dalam keadaan kritikal,” katanya.  

Saluran berita NDTV melaporkan transformer itu meletup dan mengalirkan elektrik pada sebuah jambatan sungai berhampiran perkampungan Pipalkoti di Chamoli.  

Sementara itu, Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami mengarahkan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya