Wanita sarat hamil muntah dua cacing sepanjang 10, 15 sentimeter - Utusan Malaysia

Wanita sarat hamil muntah dua cacing sepanjang 10, 15 sentimeter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wanita hamil lapan bulan di Thailand terkejut selepas menemukan dua cacing bulat masing-masing sepanjang 10 hingga 15 sentimeter (sm) dalam muntahnya.

Pasukan doktor dari Hospital DonSak, wilayah Surat Thani percaya wanita berusia 27 tahun itu termakan parasit daripada buah-buahan dan sayuran yang tercemar.

Lapor thethaiger.com, kisah wanita itu dikongsi menerusi laman Facebook Hospital DonSak.

Menurut doktor, wanita hamil itu mengalami sakit perut, loya dan muntah-muntah selama sehari sebelum dibawa ke hospital.

Dia kemudiannya dilaporkan muntah lagi ketika berada di hospital sehingga mengeluarkan dua cacing sepanjang 10 hingga 15sm.

Ujian makmal mengesahkan penemuan spesies ascaris lumbricoides, sejenis cacing bulat usus pada sampel muntah wanita berkenaan.

“Ketika ditanya, pesakit mengaku makan hidangan bersama sayuran segar yang belum dimasak,” kata doktor.

Doktor memutuskan wanita itu terkena jangkitan cacing akibat makan sayuran tercemar yang mengandungi telur cacing.

Wanita hamil itu dirawat dengan ubat antihelminthic untuk membunuh parasit berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya