Tiga angkasawan China kembali ke bumi - Utusan Malaysia

Tiga angkasawan China kembali ke bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan selamat ke bumi, lapor media kerajaan.

Menurut agensi berita Xinhua, kapal angkasa Shenzhou-15 mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia dan kerajaan memuji misi itu sebagai satu kejayaan besar.

“Tiga angkasawan berkenaan, Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu keluar dari kapsul kapal angkasa dalam keadaan fizikal yang baik.

“Misi itu adalah satu kejayaan yang lengkap,” lapor Xinhua.

Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai sut putih dan topeng muka menyelimutkan angkasawan berkenaan dan membawa mereka keluar dari tapak pendaratan.

Ketiga-tiga mereka menghabiskan enam bulan di stesen angkasa Tiangong, berjalan di angkasa dan melakukan pelbagai eksperimen saintifik.

China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan termasuk orang awam pertamanya ke orbit sebagai sebahagian daripada misi baharu Shenzhou-16.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu melaburkan berbilion dolar bagi membangunkan program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha mengejar Amerika Syarikat (AS) dan Russia.

Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke bulan menjelang 2030 dan merancang membina pangkalan di permukaan bulan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya